Papa terlupa yang Oyen sekor ni. Gugur air mata jantan Oyen bila tahu ikan rebus dah habis.

Selain daripada makanan kucing, ada yang akan memberikan ikan kepada kucing mereka untuk menambahkan selera makan atau protein dalam diet mereka. Sama macam gelagat si oyen ini yang cukup suka apabila pemiliknya memberikan ikan rebus untuk dimakan.

Kucing mempunyai selera berlainan, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan oleh tuannya. Kucing dikampung biasanya diberi makan ikan segar, manakala kucing dibandar selalunya diberi makanan khas untuk kucing yang diproses. Tapi ada juga kucing di bandar yg suka makan ikan segar ye…. macam ikan rebus, ikan goreng dan lain2. Kisah Oyen Buat Muka Sedih Ikan Rebus Habis ini Raih Perhatian, “Siannya Muka Dia…”

Namun baru-baru ini, reaksi si oyen yang membuat muka sedih apabila ikan tersebut habis mencuit hati netizen. Malah video tersebut juga turut dikongsikan apabila ianya mendapat lebih daripada setengah juta tontonan setakat ini.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah si oyen kekal tidak berganjak dan duduk di sebelah periuk ikan itu seperti sedang menunggu sesuatu. Menurut pemiliknya, ikan rebus itu telah pun habis diberikan tetapi si oyen masih setia menunggu di situ.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsi gelagat si oyen yang tidak dapat menahan kesedihannya apabila makanan kegemarannya itu sudah pun habis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat reaksi sedih si oyen ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu tidak dapat menerima hakikat makanan kegemarannya itu telah pun habis.

Lebih mencuit hati, reaksi sedih si oyen yang seakan-akan sedih dengan apa yang berlaku turut membuatkan netizen berdekah-dekah melihatnya. Walaupun matanya kelihatan seperti menangis, namun menurut pemiliknya itu disebabkan masalah cacing yang dihidapi kucing itu.

Sumber: imuslimnetwork.com

About admin

Check Also

‘Berpada-Pada Mengata & Menghina Isu Poligami’ – Nora Ariffin

Sejak akhir-akhir ini, isu poligami menjadi satu topik hangat yang diperkatakan di media sosial. Jangan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *