Papar ‘Live’ Berpakaian Seperti Syaitan & Baca Mantera Di Tiktok, Mak Ayah Kena Pantau Anak-Anak!

Selari dengan perkembangan zaman teknologi yang moden, sudah ramai dalam kalangan kanak-kanak yang terdedah dengan budaya yang dipaparkan dalam media sosial. Pergi ke mana sahaja, semua kanak-kanak memegang telefon pintar dalam genangan mereka. Mungkin ada yang terlepas pandang dengan kandungan video di laman media sosial yang sebenarnya boleh menjejaskan minda anak-anak kepada jalan yang salah!

PAPAR LIVE BERPAKAIAN SEPERTI SYAITAN & BACA MANTERA

Baru-baru ini viral di laman media sosial Tiktok mengenai satu akaun paparan kandungan berbentuk syirik. Akaun Tiktok yang dikenali sebagai ‘WeAreTheCleansing’ tersebut memaparkan video secara langsung di mana seorang lelaki memakai pakaian seperti ‘syaitan’ dan memegang buku yang mengandungi bacaan mantera. Seram juga bila tengok video ini!

Apa yang merisaukan ialah, kandungan live sebegini boleh juga ditonton oleh kanak-kanak yang berpotensi untuk terpengaruh dan dirasai oleh bacaan mantera tersebut. Bukan itu sahaja, ini menjadi pengaruh yang buruk kepada kanak-kanak yang mudah terpesona dan mengamalkan amalan tersebut, tidak ketinggalan orang dewasa juga.

SirapLimau
Terima Kasih.
E-mel ini telah didaftarkan.



Ada komen orang ramai yang mengatakan bahawa ini hanyalah video untuk mempromosikan satu kumpulan black metal dari United Kingdom, namun tidak pasti kesahihannya. Semoga ibu bapa yang telah membiasakan anak-anak dengan media sosial dapat memantau kandungan yang ditonton oleh mereka.

Sumber: Jim Mathis / Sirap Limau

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *