Penat tunggu Syamsul Yusof! Puteri Sarah minta cerai, tak rela hidup bermadu

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampak gayanya bakal menemui titik noktah apabila aktres berusia 38 tahun itu memuat naik hantaran berupa ‘bayangan’ mereka akan bercerai.

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengaku sudah penat menunggu pengarah tersohor itu untuk tampil berbincang mengenai masalah rumah tangga merek.

Puteri Sarah minta cerai

Susulan itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu meminta agar suaminya melepaskannya kerana tiada hubungan hidup bermadu bersama anak pelakon senior Kazar Saisi iaitu Ira Kazar

“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu,”tulisnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu dia juga sudah tidak tahan mempunyai suami narcissistic personality disorder (NPD) iaitu sejenis penyakit mental di mana mereka tidak boleh dikritik dan ditegur.

Terdahulu, Syamsul memuat naik gambar pernikahan semasa menikahi Puteri Sarah dan juga Ira Kaza di laman Instagram dengan menitipkan pesanan agar kedua-dua isterinya bersabar serta bertenang.

Malah, Puteri Sarah menerusi Insta Story miliknya sebentar tadi meluahkan kekecewaan dan menenangkan suaminya tidak menyakiti atau melukakan hati anak-anak serta menjaga perasaan mereka.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana / Selebriti

About admin

Check Also

Cikgu tu d̷ah bersu̷ami, an̷ak 3. Terg̷amak suamik̷u dan dia bohong aku, Aku rasa sesu̷atu, t̷api ti̷ada b̷ukti. Hinggal̷ah mal̷am tu

#Foto sekadar hiasan. | Suamiku dan Ex-Cikgu Anakku Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Umairah, berumur …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *