Pernah Tak Sefahaman, Victoria Beckham Terbuka Hati Maafkan Menantu

Isteri kepada bintang bola sepak terkenal, David Beckham iaitu Victoria Beckham sedia merendahkan ego dan memafkan menantunya sebelum ini mempunyai salah faham antara satu sama lain.

Menurut laporan The News International, Victoria sudah terbuka hati untuk berbaik semula dengan isteri anak sulungnya, Nicola Peltz selepas setahun tidak bercakap di antara satu sama lain.

Jelasnya, dia menyedari menantunya itu adalah sama seperti ketika zaman mudanya suatu ketika dahulu.

“Saya ingin menunjukkan rasa hormat kepada Nicola dan memahami bahawa dia adalah wanita yang menonjolkan dirinya dalam perkahwinan.
“Saya juga melihat Nicola adalah diri saya dan David Beckham pada usia muda,” katanya.

Bukan itu sahaja, Victoria turut sedar bahawa dia juga tidak terlepas dari membuat kesilapan ketika awal perkahwinannya bersama David.

Susulan itu, dia akhirnya membuat keputusan untuk menggembirakan anak dan menantunya hidup dalam keadaan harmoni dan bahagia tanpa sebarang salah faham antara keluarga.

“Saya juga melakukan banyak kesilapan dengan David sejak awal perkahwinan jadi saya sanggup memaafkan Nicola yang masih bersikap naif,” jelasnya lagi.

Sumber: mStar

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *