Puteri Sarah bincang dengan peguam, mahu sama Ira Kazar RM10 juta?

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendakwa isteri baharu suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar telah melanggar perintah injunksi dan menghina mahkamah.

Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata demikian selepas berbincang dengan peguamnya, sebaik Syamsul mengesahkan sudah bernikah dengan Ira di Thailand.

“Baru berbincang dengan peguam saya @syamsulyusoffilm, isteri baharu awak dah langgar perintah injunksi dan menghina mahkamah,” tulisnya menerusi satu hantaran di InstaStory.

Kali kedua langgar perintah?

Pada masa sama, pelakon berusia 37 tahun itu sekali gus seolah-olah memberi bayangan mahu mengambil tindakan saman sebanyak RM10 juta berikutan pihak defendan melanggar perintah injunksi tersebut.

“Jadi bolehlah saya saman RM10 juta pula ya. Jumpa anda berdua di mahkamah,” katanya lagi.
Pada November lalu, Puteri Sarah memaklumkan salah seorang ahli keluarga Ira telah melanggar perintah injunksi interim kerana mengeluarkan kenyataan dengan mengaitkan namanya di media sosial.

Sebelum ini, Syamsul yang juga pengarah filem mahu mengambil tindakan undang-undang berbentuk saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta.

Syamsul berkata, ia kerana pihak Jawi didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah bernikah lagi.

Hari ini, Syamsul akhirnya mengakui telah menikahi Ira yang juga anak kepada pelakon veteran Ira Kazar secara sah di Thailand menerusi satu perkongsian video di laman Instagram.

Sumber: Instagram Puteri Sarah & Syamsul Yusof

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

‘Berpada-Pada Mengata & Menghina Isu Poligami’ – Nora Ariffin

Sejak akhir-akhir ini, isu poligami menjadi satu topik hangat yang diperkatakan di media sosial. Jangan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *