“Sebiji ikut muka ayah dia..” Netizen Terpegun Lihat Wajah Terkini Anak Gadis Arw4h Hani Mohsin

ANAK-ANAK merupakan anugerah dan amanah yang dikurniakan ALLAH buat insan terpilih bergelar ibu dan bapa.

Pelakon dan pengarah terkenal, Datin Sri Tiara Jacquelina baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram miliknya yang telah menarik perhatian netizen dan juga pengikutnya di media sosial.

Dalam perkongsian pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu, beliau membuat coretan ringkas ditujukan khas buat anak perempuan kesayangannya, Hani Karmila.

Ucapan istimewa tersebut juga sempena meraikan ulang tahun kelahiran puteri sulungnya.

“Selamat hari lahir kepada anak perempuan kesayangan saya di dunia ini.

“Si gadis yang buat saya paling gembira, menghangatkan hati saya dan memenuhi segala kegembiraan dan kebanggaan saya. Juara Jiujitsu saya dan pereka yang paling berbakat dan kreatif juga. Mila saya,” coretnya.


Dalam pada itu, selebriti berprofil tinggi itu turut memuat naik foto terbaru dirinya bersama Hani yang semakin jelita seperti ibunya ketika meningkat usia.

Perkongsian foto tersebut mencuri perhatian ramai yang rata-rata terpegun melihat kecantikan yang dimiliki.

Selain itu, warga maya dan peminat tampil mengucapkan doa selamat serta tidak kurang juga yang menyatakan wajah Hani seiras dengan rupa arwah bapanya, pelakon Hani Mohsin.

Ujar mereka;

“Senyuman Mila sama betul dengan senyuman arwah Daddy dia, cantik seperti mami…”

“Dapat juga tengok Hani Karmila… dewasa da dia cantik sangat-sangat ni.”

Sekadar info, Hani Karmila merupakan anak kepada Tiara bersama bekas arwah suaminya terdahulu iaitu Hani Mohsin. Untuk rekod, Hani Karmila atau lebih mesra dikenali sebagai Mila ini juga merupakan seorang atlet seni mempertahankan diri.

Baru-baru ini Mila berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri Jujitsu bagi kategori 58 kilogram di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura.

Tiara Jacquelina kenang Allahy4rham Hani Mohsin sebagai seorang bapa penyayang, rakan yang setia

Penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi sekeping foto kenangan arwah bekas suaminya, pelakon Allahyrham Hani Mohsin sempena memperingati tarikh hari lahir seniman itu hari ini.

“Memperingati seorang bapa yang paling berdedikasi dan penyayang, seorang rakan yang setia dan seorang pelakon yang sangat berbakat di layar perak sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-55 hari ini,” tulis Tiara.

Tiara juga tidak lupa mengajak orang ramai yang masih mengingati Allahy4rham untuk menyedekahkan Al-Fatihah.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata rakan industri dan pengikut Tiara meninggalkan komen positif dan turut membaca Al-Fatihah buat Allahyarham. Antara yang meninggalkan komen ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noryn Aziz dan juga Tya Arifin.

Puan Sri Tiara mendirikan rumah tangga bersama Hani Mohsin pada tahun 1993 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hani Karmila sebelum berpisah pada tahun 1998.

Allahy4rham Hani Mohsin menghembvskan nafas terakhir pada tahun 2006 akibat penykit jantung.

Antara filem lakonan Allahy4rham yang masih diingati hingga ke hari ini ialah Embun, Jimi Asmara dan Ringgit Kasorrga.

SUMBER : MOTIF PORTAL

Pihak Dunia Sosial tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Dunia Sosial Ya.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *