[VIDEO] Selamba Letak Kaki Atas Kepala Kerusi, Pemandu Bas Naik Angin Halau Pelancong Arab– ‘Go Out, Ini Malaysia’

Benarlah orang kata, siapa pun kita sama ada berpangkat, kaya atau miskin namun adab dan budi bahasa mestilah diutamakan kerana ianya melambangkan identiti seseorang individu.

Selamba letak kaki atas kepala kerusi

Baru-baru ini tular satu video memaparkan situasi tegang yang dilalui seorang pemandu bas di Malaysia ketika bertugas membawa kumpulan pelancong ke destinasi. Seorang pelancong lelaki dipercayai berbangsa Arab dianggap biadap apabila meletakkan kakinya di atas kepala kerusi bas di tempat duduk hadapannya.

Perkara tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kurang senang. Susulan daripada itu, pemandu bas berkenaan telah menegur lelaki terbabit namun lain pula yang jadinya apabila individu itu tiba-tiba naik angin sebelum mengeluarkan perkataan kesat.

Tidak tahan dengan sikap biadap pelancong terbabit, pemandu bas menghalaunya keluar namun seorang wanita kelihatan cuba menenangkan keadaan yang sedang berlaku sambil memberi isyarat supaya lelaki berkenaan bersabar.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang kurang senang dengan tindakan pelancong Arab terbabit. Mereka juga memuji pemandu bas yang berani dan lantang bersuara menegur sikap biadap individu terbabit.

Video

https://media.ohbulan.com/2023/01/7502085520858830163.mp4?

Sumber: TikTok Rico Sibarani

About admin

Check Also

Cikgu tu d̷ah bersu̷ami, an̷ak 3. Terg̷amak suamik̷u dan dia bohong aku, Aku rasa sesu̷atu, t̷api ti̷ada b̷ukti. Hinggal̷ah mal̷am tu

#Foto sekadar hiasan. | Suamiku dan Ex-Cikgu Anakku Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Umairah, berumur …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *