Zarina Zainuddin tak suka jadi perampas, datang jumpa isteri pertama minta izin

Pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan suaminya, Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar melamarnya sebagai suri hati walaupun pada ketika itu lelaki berkenaan sudah mempunyai isteri.

Bagaimanapun, aktres berusia kelahiran Bota, Perak itu menyatakan dia meletakkan syarat kepada suaminya jika ingin berkahwin dengannya perlu mendapat keizinan daripada isteri pertama.

Zarina enggan jadi perampas

Zarina berkata, dia enggan menjadi perampas kebahagiaan dalam rumah tangga seseorang.

“Saya tak nak kahwin dengan suami orang dan tak nak jadi perampas. Jadi saya katakan kepada suami sekiranya ikhlas bawalah Ina (Zarina) pergi jumpa kepada isteri pertama abang.

“Saya katakan saya sendiri minta izin daripada isteri abang. Jika tidak diizinkan saya tidak akan kahwin dengan suami orang,” jelasnya.

Suami lelaki ‘gentleman’, terus bawa jumpa isteri pertama

Zarina atau nama penuhnya Nur Zarina Mohd Zainuddin menyifatkan suaminya seorang lelaki yang budiman kerana berani membawanya berjumpa isteri pertama bagi mendapat keizinan terlebih dahulu.

“Hari berikutnya, dia bawa saya berjumpa isteri pertama. Dia sangat gentleman. Tak semua orang boleh buat macam itu. Suami orang berani bawa kita jumpa isterinya adalah seorang lelaki gentleman dan betul-betul mahukan kita,”ceritanya.

Jelasnya, selepas pertemuan dengan isteri pertama, wanita itu menelefon ibunya dan memberi keizinan untuk suaminya berkahwin dengannya.

VIDEO KLIK DISINI

@sinarharianonline

‘Kalau diizinkan saya kahwin’ dalam program MUM, ‘Korban kasih Zarina Zainuddin’, hanya di seluruh platform digital #SinarHarian

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Bukan senang nak dapatkan cinta suami orang…

Dalam pada itu, Zarina mengakui bukan mudah untuk cinta daripada seorang lelaki yang sudah bergelar suami orang kerana pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu dihadapinya.

“Bukan senang nak kahwin dengan suami orang. Sebab kita kena hidup merana dulu. bukan senang nak dapatkan cinta lelaki yang sudah berkahwin sebab dia sudah ada istimewa sebenarnya tetapi kerana dia dapat bunga yang baru konon-kononnya dia akan cakap kita ini yang indah,” katanya.

Dikesempatan itu, Zarina menitipkan pesanan buat wanita di luar sana supaya elakkan jatuh cinta dengan suami orang kerana risau akan merana.

VIDEO KLIK DISINI

@sinarharianonline

Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi nasihat dalam program MUM, ‘Korban kasih Zarina Zainuddin’, hanya di seluruh platform digital #SinarHarian

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), ‘Korban Kasih Zarina Zainuddin’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Sumber: TikTok @sinarharianonline

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *