Dituduh Kahwin Jutawan Sebab Harta, Azhar Sulaiman ‘Back Up’ Fatin Afeefa

Umum mengetahui, pelakon dan usahawan Fatin Afeefa telah menamatkan statusnya sebagai ibu tunggu pada 31 Disember 2022.

Pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin itu telah berkahwin dengan jejaka pilihannya yang bergelar jutawan yang dikenali sebagai Aliff Awang.

Susulan itu, gara-gara suaminya itu bergelar jutawan ada suara-suara sumbang menyatakan Fatin berkahwin dengan Aliff atas dasar harta dan kekayaan.

Ekoran itu, pelakon Azhar Sulaiman kelihatan tampil mempertahankan Fatin Afeefa di ruangan komen sebuah portal hiburan.

Kata Azhar, dia bersetuju Fatin berkahwin dengan lelaki ‘berjenis’ kerana dia pernah berdepan dengan kegagalan rumah tangga.

“As Fatin’s friend… saya setuju dia kahwin dengan lelaki yang ‘berjenis’. Dia dan anak-anak berhak mendapat kehidupan yang baik selepas perkahwinannya yang rosak dulu.

“Abang Har (Azhar) doakan Fatin akan bahagia bersama her new hubby hingga Jannah,” tulis Azhar.

Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013.

Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 7.

Dalam pada itu, menerusi perkahwinan sebelum itu, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

SUMBER : XTRA TONTON

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *