Kalau betul sayang, pasti tiada yang kedua – Eyra Hazali

Tidak boleh dinafikan, sejak kebelakangan ini ramai wanita yang terkesan dari segi emosi apabila mendapat tahu pengarah sensasi, Syamsul Yusof telah bernikah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, banyakkan rakan artis pelakon Puteri Sarah banyak memberikan kata-kata semangat buat wanita itu untuk terus tabah dalam menghadapi kemelut rumah tangga yang dialaminya pada ketika ini.

Pun begitu, baru-baru ini, menerusi ciapan yang diamuat naik oleh pelakon Eyra Hazali di laman Twitternya telah berjaya menarik perhatian ramai.

Dalam ciapan terbabit, pelakon yang berusia 23 tahun itu sea meluahkan rasa kecewanya dengan tiada istilah orang kedua dalam sesuatu hubungan jika seseorang benar-benar menyayangi insan yang dicintainya.

“Kalau betul sayang, pasti tiada yang kedua,” katanya ringkas.

Setuju dengan Eyra!

Susulan itu, memberi komen ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Eyra dan tidak perlu membuka ruang dan pintu kepada orang lain.

Sekadar info, Eyra Hazali selamat mendirikan rumah tangga bersama Haziq pada 1 November 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hayder Qhalish dan Endra Haqimie.

Sumber: Selebriti

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *