Kalau kaya jangan sombong, ada kuasa jangan berlagak – Mustapha Kamal

Baru-baru ini, pelakon veteran terkenal, Datuk Paduka Mustapha Kamal menitipkan pesanan dan nasihat buat kepada umum telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mustapha Kamal di laman Facebooknya, dia telah berkongsi gambar dengan isteri kesayangannya sambil menyampaikan beberapa nasihat kepada orang ramai.

Kalau kaya jangan sombong, kalau cantik jangan tergedik-gedik dan kalau ada kuasa jangan berlagak. Itu semua hanya sementara,” katanya ringkas di ruangan kapsyen.

Netizen tergamam dengan pendapat Mustapha Kamal

Susulan itu, menjejaki ruangan komen, rata-rata netizen tergamam dan bersetuju dengan pendapat peribadi yang diberikan oleh pelakon berusia 61 tahun itu walaupun hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.



Nasihat yang cukup mendalam

Bukan itu sahaja, ramai yang menganggap nasihat yang disampaikan oleh pelakon kelahiran Kelantan mempunyai maksud yang sangat mendalam dan boleh dijadikan sebagai peringatan yang baik untuk umum.

Sekadar info, Mustapha Kamal telah menubuhkan rumah tangga bersama Datin Paduka Susan Manen yang dipercayai mempunyai darah kacukan Inggeris, dan Sinhalese dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

SUMBER : SELEBRITI

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *