“Kaya Nombor 2” – Fatin Afeefa Nafi Kahwin Aliff Awang Sebab Harta, Akui Tertarik Dengan Ketampanan

Pelakon dan usahawan, Fatin Afeefa mengakui tertarik dengan suaminya, Aliff Awang bukan kerana kemewahan semata-mata.

Menerusi perkongsian di Instagram milik Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai, filem Tentang Bulan itu menjawab persoalan suaminya selepas dikritik oleh individu.

“Jahanam betullah. Ada seorang mamat ni dia cakap Fatin Afeefa kahwin dengan Opai sebab naik kereta mahal je. Korang cabar Opai kan, kita tanya bini aku dia kahwin dengan aku sebab apa.

“Betul ke awak kahwin dengan saya sebab saya naik McLaren je?,” soal Opai.

Ujar ibu kepada dua anak itu, suami tercinta itu bukan lelaki kaya pertama yang cuba mendekatinya.

“B, saya nak awak tahu satu benda awak bukan lelaki kaya pertama yang approach saya. Tapi awak adalah yang paling handsome.

“Saya kahwin dengan awak sebab awak handsome, comel. Saya pejam mata pun saya boleh rasa ketampanan awak. Kaya tu nombor dua,” katanya lagi.

Fatin dan Aliff berkahwin pada 30 Disember lalu.

Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shaz pada 21 Disember 2013 namun, mereka bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Ivy Arrasophia, tujuh tahun.

Melalui perkahwinan pertama, Fatin mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian, 10 tahun.

SUMBER : XTRA

About admin

Check Also

Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan & Berang Disindir Punca 2 Isteri Jurulatih Tarik Rambut

Semalam, viral di media sosial mengenai kisah pergaduhan membabitkan dua isteri bekas jurulatih Liga Super. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *