Noorkhiriah Kagum Suami Sukarela Kutip Sampah Di Stadium Lepas Tengok Bola

Noorkhiriah Kagum Suami Sukarela Kutip Sampah Di Stadium Lepas Tengok Bola – “Semoga Allah Balas Kebaikan Awak”

Pelakon Noorkhiriah berasa kagum melihat suaminya, Azfaizul Ahtan membersihkan sampah di tempat duduk dalam Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas menonton perlawanan Singapura Piala AFF, Malaysia melawan malam tadi.

Menerusi rakaman klip video yang dikongsi oleh pelakon drama Nur itu menunjukkan suaminya membawa beg sampah dan mengutip semua sampah sarap yang ditinggalkan oleh para penonton di stadium berkenaan.

“Sampai kat stadium pun buat kerja. Habis game terus kutip sampah.

“Itupun dia kabo (bagitahu) plastik tak cukup. Semoga Allah membalas kebaikan awak Pa,” tulis Noorkhiriah.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala AFF 2022 dengan bergaya apabila memenangi Singapura 4-1.

Dalam masa yang sama, Noorkhiriah turut terjumpa dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz yang turut sama menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut.

Ternyata gelagat mereka berdua sering mencuit hati peminat apabila mereka akan bergandingan dalam sebuah drama tidak lama lagi.

VIDEO KLIK DISINI

@khiriah_17

Sampai Ke Stadium Pun Ada😂😂😂 @Dato’ FIZZFAIRUZ .. Tahniah Malaysia 4-1 #pialaaffsuzuki

♬ original sound – Khiriah17 – Khiriah17

Sumber : Xtra

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *