Puteri Sarah tetap nak failkan cerai, anggap rumah tangga hampiri titik noktah

Kemelut rumah tangga antara Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof nampaknya masih berlarutan apabila pelakon itu tetap ingin menfailkan penceraian.

Segala kemusnahan sudah dilakukan suami

Memetik laporan dari Harian Metro, Puteri Sarah mengatakan mahligai rumah tangganya sudah pun menemui noktah walaupun Syamsul ada mengeluarkan kenyataan mahu berdamai dengan isteri pertamanya.

“Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan gagalkan perceraian,” katanya.

Semua dah dijawab Syamsul

Apabila ditanya tentang penjelasan yang dibuat oleh Syamsul, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu mengatakan semuanya telah dijawab oleh pengarah filem tersohor berkenaan.

“Semua dah dijawab,” katanya.

Terdahulu, menerusi video yang dikongsikan Syamsul di media sosial, dia meminta masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang dilalui di mana isteri pertama serta keluarganya menentang perkahwinan dengan Ira Kaza.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah menubuhkan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada minggu lalu, Syamsul telah mengaku bernikah dengan Ira Kaza di Thailand berwalikan bapa kandung wanita terbabit yang juga aktor terkenal, Kazar Saisi. Butiran pernikahan mereka tidak pula dinyatakan secara jelas oleh Syamsul.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Cikgu tu d̷ah bersu̷ami, an̷ak 3. Terg̷amak suamik̷u dan dia bohong aku, Aku rasa sesu̷atu, t̷api ti̷ada b̷ukti. Hinggal̷ah mal̷am tu

#Foto sekadar hiasan. | Suamiku dan Ex-Cikgu Anakku Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Umairah, berumur …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *