Ramai Keliru Status Halal Masakan Siput Babi Daripada Lelaki Berserban, Ini Jawab Dr. ZulKifli…

Tular di media sosial ketika ini video seorang chef yang dipercayai dari Abu Dhabi yang menunjukkan masakannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Video raih lebih 10 juta tontonan

Video yang dimuat naik oleh chef itu sendiri di akaun TikTok miliknya telah meraih lebih 10 juta tontonan walaupun baru dikongsikan sejak hujung minggu lalu.

Dari video tersebut, chef yang dikenali sebagai Chef Emirati itu menggunakan siput babi sebagai bahan utama dalam masakannya sehingga mendapat perhatian daripada orang ramai terutamanya netizen di Malaysia.

Ini kerana, ramai yang mempersoalkan status halal makanan tersebut sehingga tular di Twitter dan meminta pandangan sahih daripada bekas Menteri Agama Malaysia, Dr. Zulkifli Mohmad Al-Bakri.

Siput babi haram dimakan

Menurut beliau, haiwan itu haram dimakan sekiranya mengikut Mazhab Syafie namun siput sedut halal dimakan kerana ianya haiwan air dan mengatakan bahawa chef tersebut mungkin mengikut Mazhab Maliki.

Tetapi, haiwan tersebut hanya boleh dimakan sekiranya ianya dimatikan dengan cara direbus atau dipanggang dan haram dimakan jika mati dengan sendiri.

Sumber: TikTok, Twitter

About admin

Check Also

‘Berpada-Pada Mengata & Menghina Isu Poligami’ – Nora Ariffin

Sejak akhir-akhir ini, isu poligami menjadi satu topik hangat yang diperkatakan di media sosial. Jangan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *