Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44 bersama suami, Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Sri Khalid Muhammad Jiwa dan anak-anak, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa di Turkiye.
Bawa Aafiyah main salji
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Siti bersyukur atas segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan sepanjang kehidupannya.
Selain itu, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin menghargai Datuk K yang menjadi pendamping setia serta menjaga dirinya dan anak-anak.
Terima kasih Ya Allah, segala yang Engkau kurniakan padaku.
Terima kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari dan menjaga saya serta anak-anak dengan baik. Begitu juga buat keluarga besar saya yang sangat baik hati.
Penyanyi nombor satu negara itu turut mengharapkan kenangan sepanjang percutian itu menjadi kenangan terindah dan diberikan keberkatan buat semua.
Ribuan ucapan daripada peminat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kesejahteraan pelantun lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu.
SUMBER : OHBULAN
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.