Gara-gara kontroversi pengarah Syamsul Yusof mempunyai dua isteri, penyanyi nasyid Suhaimi Saad turut menyatakan hasrat kononnya mahu berkahwin lagi.
Menerusi satu muat naik video dalam aplikasi TikTok, penyanyi berusia 42 tahun itu dengan berani bertanyakan hasrat tersebut kepada isterinya Ina Naim baru-baru ini.
Nak kahwin lagi!
@abuehmad nak kawin lagi #suhaimisaad #inanaim #fypシ
“Ina, nak tanya ni. Kalau abang kawin sorang lagi.. la jeling buat apa? Syamsul Yusof tu okay je,” kata bekas ahli kumpulan Inteam itu.
Walau bagaimanapun, Suhaimi mendapat jelingan maut sebelum isterinya memberi ‘hujahan’ membandingkan kelayakan penyanyi tersebut dengan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.
Ina mempersoalkan apa yang dimiliki suaminya berbanding Syamsul yang mempunyai kekayaan sekali gus mampu untuk berpoligami serta berlaku adil terhadap isteri-isteri.
@abuehmad
“Abang, Syamsul tu kaya, pak dia pun kaya raya. Rumah besar, kereta besar. Abang apa yang ada? Hidung je besar,” kata Ina.
Video berdurasi 28 saat itu meraih 752,500 tontonan dan lebih 700 komen netizen yang rata-rata terhibur dengan ayat ‘setepek‘ diberikan Ina terhadap suaminya.
Namun, tidak ada juga yang segelintir individu mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.
Nampak bahagia rumah tangga diorang ni
Untuk rekod, Suhaimi dan Ina berkahwin pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
@abuehmad Tolabul ‘ilmi faridhotun ‘ala kulli muslimin wa muslimah #fypシ
♬ Allahul Kaafi – Aishwa Nahla Karnadi & Abi Nahla & Qeisya Nahla
Sumber: TikTok @abuehmad
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.