“Ayah mana mama..?”

Bapa kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam memberitahu dia enggan memberikan sebarang komen berhubung isu rumah tangga anaknya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar.

Memetik laporan Harian Metro, dia yang juga penerbit dan pengarah tersohor mengatakan tindakan itu dibuat bagi menjaga hati semua oihak selain enggan mengeruhkan keadaan sedia ada.

“Saya memilih untuk tidak mengulas apa-apa berhubung isu ini. Saya enggan mengeruhkan lagi keadaan,”ujarnya.
Pengarah berusia 68 tahun itu berkata, cukuplah hanya memberi segala kenyataan yang diberikan sebelum ini. Dalam pada itu. Yusof mengatakan dia hanya mampu mendoakan terbaik buat rumah tangga anaknya bersama isteri-isteri.

“Saya mendoakan yang terbaik dan tidak mahu komen lebih lanjut lagi demi kebaikan semua pihak,” katanya kepada Harian Metro.
Walau bagaimanapun, Yusof ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan kerana mahu menjaga hati semua pihak dan enggan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang.

Pun begitu, dia tetap kecewa dengan tindakan Syamsul mengawal dan menyelesaikan masalah rumah tangga bersama kedua-dua isterinya.

Terdahulu, menerusi video yang dikongsikan Syamsul di media sosial, dia meminta masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang dilalui di mana isteri pertama serta keluarganya menentang perkahwinan dengan Ira Kaza.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah menubuhkan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada minggu lalu, Syamsul telah mengaku bernikah dengan Ira Kaza di Thailand berwalikan bapa kandung wanita terbabit yang juga aktor terkenal, Kazar Saisi. Butiran pernikahan mereka tidak pula dinyatakan secara jelas oleh Syamsul.

PELAKON Puteri Sarah Liyana memohon agar suaminya, Syamsul Yusof tidak meletakkan kesalahan pada dirinya berhubung kemelut rumah tangga mereka yang sudah berlarutan sekian lama akibat kehadiran orang ketiga.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, secara sinikal turut meminta Syamsul agar tidak berlagak suci demi menutup semua kesalahan yang dibuat sebelum ini.

“Syamsul, jangan letakkan kebodohan awak di pihak saya. Berhenti guna nama Allah untuk melihat seperti awak terlalu baik di mata manusia,” katanya.

Puteri Sarah Liyana berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Puteri Sarah mendakwa Syamsul sering sibuk bekerja dan jarang berada di rumah yang menjadi punca masalah mereka.

Pelakon itu turut memberi gambaran dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Summayah juga memahami situasi tersebut dan sering bertanya mengapa bapa mereka sering tiada di rumah.

“Kalau Syaikhul dan Sumayyah boleh beri kenyataan di mahkamah, mereka akan berkata: Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik. Bukan kami. Mana ayah kami, selalu tiada di rumah,” katanya.

Terdahulu, pengarah Syamsul Yusof mendedahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar dengan mewakili wakil bapa Ira sendiri iaitu pelakon veteran Kazar Saisi.


Dalam kenyataan video yang telah dibuat, Syamsul turut meminta isterinya pulang ke rumah untuk menyelesaikan segala urusan di antara mereka.

Puteri Sarah menerusi respon segera terhadap berita tersebut mengucapkan tahniah kepada Syamsul dan Ira namun mempersoalkan tindakan suaminya yang memberi kenyataan seolah-olah meletakkan kesalahan kepadanya.

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *