Hadapi Masalah Kewangan, Lelaki Pilih Berumah Di Atas Pokok

Akibat daripada masalah kewangan yang dihadapi, seorang lelaki yang berasal dari Thailand membuat keputusan untuk menetap di atas pokok selama tiga tahun tanpa menerima sebarang bantuan yang ditawarkan.

Tiga tahun menetap atas pokok

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan The Thaiger, lelaki yang dikenali sebagai Charlie itu membina sebuah tempat ringkas di atas pokok tiga tahun lalu dengan mengikat kepingan kayu menggunakan tali menjadi lantai dan kepingan plastik sebagai bumbung.

Saya pernah bekerja di Bangkok dan ketika itu saya mampu menyara diri dan keluarga. Namun, disebabkan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19, saya terpaksa berpindah ke tempat asal, Khon Kaen.

Selepas gagal untuk bertahan, saya berpindah ke Udon Thani untuk mencari pekerjaan baru.

Menurutnya, pelbagai jenis pekerjaan telah dibuat untuk menampung bil-bil yang perlu dibayar namun, tidak berjaya. Selepas itu, Charlie membuat keputusan untuk melangsaikan segala hutangnya dan tinggal di atas pokok yang berada pada ketinggian 10 meter dari atas tanah.

Tak mahu bebankan sesiapa

Sekadar gambar hiasan

Oleh kerana kisahnya yang tular di Thailand, Pegawai dari Pusat Perlindungan bagi Kemiskinan dan Pembangunan Sosial dan Kementerian Keselamatan Manusia melawat lelaki itu dengan menawarkan kemudahan baginya seperti penginapan percuma.

Namun, lelaki berusia 38 tahun itu menolak dan berkeras untuk menetap di atas pokok sehingga dia mendapat kerja tetap.

Difahamkan, rumah pokok itu adalah tempat yang selasa untuk dirinya dan hanya akan berpindah jika pemilik tanah memintanya untuk berbuat demikian.

Saya hanya mahukan pekerjaan. Saya ingin hidup sendiri tanpa menyusahkan kerajaan mahupun orang lain.

Sumber: The Thaiger / Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *