‘Jarang Seorang Ayah Menitiskan Air Mata’ – Pendakwah Tersentuh Tengok Video Yusof Haslam, Harap Netizen Ambil Iktibar

Baru-baru ini, viral video tangisan Datuk Yusof Haslam mengenai berita anaknya, Syamsul Yusof yang mengambil keputusan berkahwin satu lagi tanpa pengetahuan isteri dan keluarga.

Mungkin atas sebab kecewa

Menurut Tarmizi, setiap anak perlu mencari jalan penyelesaian sekiranya ada mengguris hati ibu bapa. Sebagai orang luar, Tarmizi turut meluahkan rasa tersentuh apabila menonton video terbabit. Tarmizi juga percaya dan pasti ada sesuatu yang menjentik hatinya.

Moga kita tidak menjadi anak-anak yang mengguris hati ibu dan ayah kita. Walau bagaimanapun, kita ini hanya manusia biasa. Kalau kita guriskan hati mereka, carilah kesempatan untuk memperbetulkan, memohon maaf dan menjernihkan kembali apa yang berlaku. Pada saya, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Semoga Allah beri panduan buat kita.

Apa yang membuatkan saya tersentuh berkaitan isu ini adalah apabila seorang ayah menitiskan air mata. Seorang ayah ini jarang menitiskan air mata di khalayak ramai. Selalunya mereka ini lebih gemar menyendiri atau duduk termenung seorang diri dan menangis. Dia menitiskan air mata itu mungkin atas sebab kecewa. Namun, saya rasa jauh di sudut hatinya, mungkin dia berasa gagal sebagai seorang bapa. Ini hanya sekadar pandangan. Mungkin perasaan itu yang bermain di fikirannya. Mungkin juga dia menyalahkan dirinya sendiri.

Pada masa yang sama, Tarmizi berharap isu berkaitan konflik rumah tangga yang tular di media sosial apabila ia menjadi pengajaran buat semua.

Isu ini sangat sensitif tetapi menjadi pengajaran buat saya sebagai suami serta individu lain yang masih mempunyai ibu dan ayah serta keluarga mentua. Pada pandangan saya eloklah jika individu yang terlibat ambil satu langkah agar isu yang berlaku tidak lagi diperbesarkan. Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: Harian Metro / Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *