‘Kahwin Dengan Ira Kazar Untuk Elak Maksiat, Ikut Hukum Allah’ – Syamsul Yusof

Sehingga hari ini, pengarah sensasi Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana masih saling bergaduh di media sosial dan nampak gayanya belum ada titik noktah.

Tak ikut cakap orang luar

Susulan permintaan Puteri Sarah untuk bercerai di Instagram (IG) miliknya semalam, Syamsul mengakui kesilapannya dan ingin berbincang tanpa melibatkan orang luar.

Hentikan Puteri Sarah. Okay saya salah, atau awak tak salah… Kita balik bincang di rumah. Apa saja isu, lebih baik bincang di rumah saja. Saya tak sempurna. Saya cuba untuk kebaikan.

Pelakon berumur 38 tahun menetapkan kehidupan rumah tangganya hanya dirinya, isteri pertama dan Allah SWT sahaja yang tahu. Katanya, dia enggan mendengar cakap daripada orang luar sebaliknya hanya menuruti suruhan Allah SWT.

Dulu saya selalu dengar nasihat mengenai jangan campur urusan rumah tangga orang. Baru sekarang saya faham kenapa. Ini urusan rumah tangga yang kamu semua tak tahu.

Ada ustaz kata begini, ada individu yang kata begitu. Namun, saya tak nak dengar pun cakap orang itu ini kerana yang tahu mengenai rumah tangga saya hanya saya, Puteri Sarah dan Allah.

Saya perlu ikut apa yang Allah cakap. Nak kata saya munafik, terpulanglah. Saya tak cakap saya sempurna. Tak mengapalah, pintu taubat Allah sentiasa terbuka, sampai bila kita hendak terus bergaduh dan mengaibkan.

Ikut hukum Allah

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata keputusan untuk berkahwin dengan Ira Kazar dibuat untuk mengelakkan maksiat di samping perintah Allah SWT.

Saya hanya nak dengar apa yang Allah suruh. Berkahwinlah kamu untuk mengelakkan maksiat. Itulah yang saya buat. Biarpun macam-macam saya dilabel, ada yang kata saya munafik, bapa syaitan dan sebagainya.

Rasanya masyarakat lebih rela tengok kita buat maksiat daripada ikut hukum Allah. Renung-renungkan.

Doakan yang terbaik. Cukup-cukuplah. Kalau nak kutuk sekali pun, hinalah saya.

Saya yang buat keputusan nak berkahwin. Saya ikut hukum, bukan ikut apa yang makcik-makcik luar katakan. Saya yang bertanggungjawab atas semua.

Pada Jumaat petang minggu lalu, Syamsul akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Terdahulu, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.

SUMBER : OHBULAN

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Touch ‘n Go eWallet Kini Tersedia Di foodpanda & Korang Berpeluang Nikmati RM12 Diskaun!

Orang-orang bujang, student universiti dan mereka yang selalu busy tu mesti boleh relate kan bila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *