Lepas Janna Nick, Mawar Rashid Pula Lepas Geram. Ayat Dia Memang Makan Dalam

Bukan sahaja Janna Nick, tetapi emosi pelakon Mawar Rashid turut terganggu dengan nasib yang menimpa rumah tangga aktres Puteri Sarah Liyana ketika ini.

Mawar yang berbalas mesej dengan Janna di Instagram memberitahu dia juga dapat merasai kesakitan yang ditanggung Puteri Sarah memandangkan dirinya juga seorang ibu kepada dua orang cahaya mata.

“Aku tahu perasaan kau. Aku pun nak meletop hati ni. Aku tak boleh la lelaki jenis macam ni. Aku serius tak boleh terima jenis orang yang bahagia atas penderitaan orang lain.

“Aku dapat rasa sakit Sarah macam mana. Besar dugaan yang Sarah lalui. Aku pun ada anak, aku tahu struggle macam mana” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram Stories pada Jumaat.

Pada perkongsian yang sama, Janna memberitahu Mawar yang dia menangis ketika membuat panggilan video dengan Puteri Sarah.

“Mawar, aku menangis tadi masa video call Sarah. Aku mengigil ni marah sangat,” kata Janna.

Walau bagaimanapun, Janna yang ditemui di atas kapal cruise, Genting Dream enggan mengulas isu tersebut dan meminta untuk merujuk perkongsian Mawar di Instagram Stories sahaja.

“Tengok posting Mawar Rashid, saya dah tak nak cakap lagi,” katanya ringkas.

Terdahulu, Janna memuat naik status di Instagram meluahkan rasa kurang senang dengan pendedahan Syamsul yang mengesahkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Malah, Janna turut naik apabila Syamsul mendakwa Puteri Sarah tidak kembali kepadanya untuk berbincang dan meminta pengarah itu untuk berhenti menjadi manipulatif.

Sumber : astro gempak/limauasamboi

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE PAGE DUNIA SOSIAL YA Semoga Bermanfaat Terima kasih!

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *