Sembang lebih tak guna
Menerusi posting Izreen, Intan dipercayai telah memuatkan gambar Ude Wahid walaupun sudah berkahwin lain. Tambah Izreen, Intan tidak mahu menyelesaikan masalah yang timbul secara baik di belakang tabir. Oleh sebab itu, Izreen bertindak membuat pendedahan di media sosial.
Tak tahu la siapa yang tak move on. Sebab tu boleh up lagi gambar ex walaupun dah berlaki. Rasa hormat dekat laki kau mana entah. Itu belum masuk bab lain lagi. Kau sedar ke tak apa kau buat ni? Itulah asyik nampak salah orang ja. Salah sendiri sampai buta. Kalau betul sangat, mai kita settle depan-depan. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Settle belakang tak nak. Syok sangat la up dekat Instagram. Aku seboleh-boleh tak nak up benda sampah dekat IG. Tak maafkan konon. Macam kau tak pernah buat something belakang aku.
Sementara itu, Ude turut memuat naik posting dan menyatakan bahawa bekas isterinya itu tidak mahu bersemuka secara hadapan. Tambah Ude lagi, Intan tidak membalas Whatsapp.
Kita ni dah tua. Tak payah buat perangai orang muda sangat. Yang muda tu belajar lagi adab sebelum nak cakap pasal adab. Sudah-sudahlah. Jangan nanti duduk bising dekat IG tiba-tiba Allah buka aib kau. Baru masa tu tak cukup tanah kau nak bersembunyi. Aku up sebab dah lama bersabar dan bukan nak memburukkan keadaan. Dah puas kena pijak. Aku pun nak hidup aman damai.
Sumber: Izreen & Ude / OhBulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.