Peminat suruh kahwin dengan Syamsul Yusof, Vida gagal tahan gelak

Nama Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tidak pernah lekang daripada gosip industri hiburan tanah air walaupun beliau seorang usahawan.

Malah, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Vida di laman TikToknya, dia mendedahkan menerima komen yang mencuit hati apabila menyiarkan siaran langsung bersama para pengikutnya di aplikasi tersebut.

Dalam video tersebut, kelihatan Vida bersama anak perempuannya, Cik B sedang menjamah selera sambil membuat siaran secara langsung bersama pengikut untuk menjual barangan kosmetiknya.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian Vida ialah ada individu yang meminta agar dia berkahwin dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

“Dsv, kahwin lah dengan abe sol,” komen individu yang terlibat dalam live.


Vida tak boleh tahan gelak

Susulan itu, Vida begitu terhibur dengan permintaan individu tersebut dan tidak dapat menahan gelak tawanya di hadapan pengikutnya.


Pengikut pun sekali terhibur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Vida yang tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa selepas diusik oleh pengikutnya untuk berkahwin dengan Syamsul Yusof.

SUMBER : SELEBRITI

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *