Sebelum ini, ibu kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail menyokong tindakan Puteri Sarah yang mahu memfailkan perceraian. Menurut Fatimah, Sarah berhak untuk mengecapi kebahagiaan sebagai isteri dan ibu.
Tak pernah berhenti risau mengenai anak
Terbaru, Fatimah dilihat memuat naik satu posting di Instagram Story berhubung perasaannya sebagai seorang ibu. Menerusi petikan yang dikongsikan, Fatimah seolah memberitahu bahawa seorang ibu akan sentiasa menjadi ibu. Tidak kira berapa kali dirinya disakiti, dia tidak pernah berhenti risau mengenai anak-anak.
Terdahulu, Fatimah menyatakan selama ini Puteri Sarah berseorangan tanpa suami menguruskan dua anak yang masih kecil. Ujar Fatimah lagi, menantunya berhak untuk bahagia sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikhul dan Sumayyah. Ini kerana, pengorbanannya langsung tidak dihargai selama ini.
Sumber: Oh Bulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.