‘Twistlah Cerita Selagi Boleh, Takpelah Nak Minta Lepas Pun’ – Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah tampil membuat kenyataan di Instagram Story (IGS) miliknya berikutan video yang dimuat naik oleh Syamsul Yusof pada tengah malam tadi.

‘Twistlah cerita selagi boleh’

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana memuat naik IGS dengan ‘menyuruh’ Syamsul untuk terus memutar belit cerita sebenar yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

Twistlah cerita selagi boleh, takpelah nak minta lepas pun. Haaa, jangan lepas ini twist lagi cerita pula, ‘Sarah yang minta lepaskan sangat. Saya tak mahu. Selama ini saya sayang dia.’

Bukan itu sahaja, dia turut meminta agar situasi ‘play victim’ dan menunding jari daripada pihak Syamsul dihentikan.

Sebelum ini, Puteri Sarah dalam satu hantaran di IG, meminta agar dirinya dilepaskan kerana dia tidak berkaitan dengan cara yang tidak mengikut syariah.

Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan orang ramai dengan pengakuan bahawa dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Sumber: OhBulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *