[VIDEO] Adira Suhaimi Tebang Rumput Lepas Kena Perli Netizen – “Sejak Bila Jadi Pelawak Pula Ni?”

Penyanyi, Adira Suhaimi berkongsi video dalam aplikasi TikTok miliknya telah menimbulkan pelbagai reaksi pengikutnya.

Ia ekoran sebuah video yang memaparkan Adira sedang berkelah bersama anak-anaknya di luar rumahnya namun rata-rata netizen mengkritik persekitaran halaman rumahnya penuh semak samun.

Susulan itu, tidak sampai tiga hari pelantun lagu terkenal Illusi memuat naik video terkini menunjukkan halaman rumahnya kini telahpun bersih dan tidak lagi semak dengan rumput.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Adira yang dikatakan sangat masuk air.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang bertanya sama ada Adira telah menukar kerjaya daripada penyanyi menjadi seorang pelawak.

“Dalam masa dua hari setel hahaha. Sabar jela, rumput rumah orang pun dok jaga..” kata seorang netizen.

“Menganjing betul, boleh tahan masuk air juga ek,” tulis netizen lain.

“Ulang-ulang aku tengok perangai Adira ni. Hamek kau dia dah mesin siap menari lagi,” tambah netizen lain.




SUMBER : XTRA

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *