[VIDEO] Anak Sulung Azhar Sulaiman Kongsi Video Terima Rawatan, Jawab Soalan Netizen Kenapa Badan Kurus

Sebelum ini, perkongsian Azhar Sulaiman bersama anak sulungnya iaitu Kasih Leia Ixora di TikTok mencuri tumpuan netizen apabila ramai yang mempersoalkan keadaan fizikalnya yang terlampau kurus.

Syak hidap penyakit?

Bukan sahaja mempunyai fizikal yang terlampau kurus, menjadikan wajahnya kelihatan sedikit cengkung turut menjadi bualan ramai sehingga ada yang mendakwa anak kepada pelakon Keluarga Iskandar itu menghidap penyakit serius.

Selepas lama mendiamkan diri, Kasih Leia Ixora atau lebih mesra dipanggil Kasih memuatkan satu perkongsian di akaun TikTok miliknya yang memaparkan dirinya berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Buat pemeriksaan kesihatan

Kasih yang berada di wad prosedur khas semasa rakaman dibuat turut menunjukkan kesan pemeriksaan yang diambil di bahagian lehernya memuji petugas-petugas PPUM.

Difahamkan, anak sulung Azhar yang berusia 21 tahun itu menghidap penyakit hipertiroidisme yang berpunca daripada penghasilan hormon tiroid berlebihan sehingga mempercepatkan metabolisme badan.

Malah, kesan daripada penyakit itu turut boleh menyebabkan penurunan berat badan secara mendadak, sakit jantung yang tidak teratur selain daripada mengalami masalah keguguran rambut yang melampau.

‘Cepat sembuh Kasih!’

Meninjau di bahagian komen pula, rata-rata warganet mendoakan agar Kasih diberikan kesembuhan segera dan pulih seperti sediakala.

Malah, tidak kurang juga yang memuji semangat dan sikap Kasih yang tetap ceria serta mampu tersenyum walaupun selepas menerima rawatan di hospital.

Semoga cepat sembuh Kasih dan harap dimudahkan segala urusan tau.

Kasih sayangku, semoga cepat sihat. Pastikan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan bahagia selalu.

VIDEO KLIK DISINI

@terimame.v2

mass 🩸

♬ original sound – KASIH LEIA IXORA – KASIH LEIA IXORA

SUMBER : OHBULAN

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *