Wawa Zainal Rasa Macam Tak Bernyawa Selepas Minum Teh Arab, Jantung Berdegup Laju & Susah Nak Bernafas

Gara-gara minum minuman berkafein, pelakon Wawa Zainal terpaksa berdepan beberapa detik selepas mengalami degupan jantung yang laju.

Rasa macam hilang nyawa

Menerusi Instagram Stories, Wawa, 31, mendedahkan dia berasa sukar bernafas selain badan serta tangan mula menggigil selepas minum Arab.

Kata pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin, suaminya, Aeril Zafrel membantu menenangkan dirinya mengawal panik.

Seminggu dua ini saya tidak boleh minum minuman berkafein kerana akan terus mengalami gastrik dan sebu.

Semalam (Isnin), ketika menikmati teh Arab yang pekat, tiba-tiba jantung berdegup laju. Saya cuba berdiri, tetapi badan dan tangan menggeletar.

Susah nak bernafas, panik sangat. Aeril bantu tenangkan dan ajar bagaimana untuk kawal keadaan itu kerana berfikiran, saya mungkin berdepan kebimbangan.

Kopi & anxiety

Dalam pada itu, usahawan terkenal ini memberitahu dia mengambil masa selama dua jam untuk kembali normal.

Berdoa agar peristiwa itu tidak lagi berulang, Wawa mengambil keputusan untuk membuang semua stok kopi yang ada.

Dua jam berperang dengan perasaan yang kali pertama saya alami. Janganlah datang balik. Ya Allah, tak sanggup.

SUMBER : OHBULAN

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *