Abang Sebak Lihat Keadaan Fizikal Yasin – ‘Saya Peluk Tinggal Tulang’

Abang kepada penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman, iaitu Zain Sulaiman mengakui rasa amat sedih melihat keadaan terkini Yasin yang terlalu kurus.

Sebak lihat adik

Zain Sulaiman, 50, berkongsi berita itu ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam (Khamis). Bukan itu sahaja, Zain turut kelihatan gagal menahan sebak sewaktu berkongsi keadaan tersebut di samping menimbulkan kebimbangan mengenai kesihatan adiknya yang dilihat semakin menyusut.

Rasa sedih itu memang ada. Tetapi itu lumrah hidup. Dan kita akan terus berada bersama Yasin dan berdoa insya Allah. Cuma saya amat risau tentang kesihatan dia. Saya peluk dia pagi tadi. Tinggal tulang.

Dalam masa yang sama, lelaki berusia 50 tahun ini juga mengakui sedih dengan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana menolak perwakilan yang dikemukakan Yasin. Namun, dia dan keluarga akan terus berusaha dan sentiasa berada bersama penyanyi dan komposer itu.

Fizikal merunsingkan

Sementara itu, peguam yang mewakili Yasin, Ariff Azami Hussein menghantar Yasin berada dalam keadaan baik, malah sentiasa bersemangat berdasarkan lawatan terakhir mereka ke sana. Tambah Ariff, mereka akan berusaha melakukan yang terbaik buat Yasin.

Lawatan terakhir kami di penjara pun, Yasin memang seperti biasa bersemangat, redha dengan ujian tetapi kekhuatiran kita, keadaan kesihatan beliau nampak sedikit merunsingkan terutamanya susut berat badan yang agak ketara. Contohnya bila kita peluk dia, salam dia pun kita terasa tulang.

Itu kerunsingan kita. Sebab itu kita sangat-sangat berikhtiar dan berusaha agar satu keputusan yang cepat dapat diberikan kepada Yasin. Sebab semakin hari kita jumpa, setiap kali kita jumpa semakin susut.

Walaupun beliau tetap orang yang sama, orang yang bersemangat itu, yang sentiasa positif itu tetapi keadaan fizikal merunsingkan. Pihak keluarga lagilah bertambah runsing. Jadi kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Yasin, beliau kekal sihat, kekal bersemangat dan diberi peluang kedua dalam hidup insya-Allah.

Video

SUMBER : OHBULAN

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *