Aliff Aziz tak curang! Bella Astillah hilang sabar, minta henti sebar fitnah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil menyanyikan spekulasi kepada suaminya, Aliff Aziz bermain kayu tiga dengan wanita lain dibelakangnya.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata dia dan suami sudah hilang sabar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah portal memutarbelitkan situasi sebenar.

Kenyataan itu telah membuatkan ramai pihak salah faham dengan mengatakan rumah tangga mereka kini sedang bergolak kerana Aliff kembali berlaku curang.

Tegas Bella, Aliff Aziz tidak curang, sebaliknya tajuk berita yang ditulis oleh sesetengah portal adalah tidak benar.

“Lama kami berdiam diri. Tetapi hari ini terpanggil untuk membuat satu hantaran berkenaan tajuk (tajuk berita) dan artikel yang disebarkan dalam media sosial (Instagram, Facebook, Twitter dan YouTube) oleh kerana kami tidak ingin memberikan sebarang kenyataan,”katanya.

Katanya lagi, mereka ini mengambil jalan mudah dengan menggunakan kenyataan Bella pada tahun 2019 dan disunting baharu.

“Penulis blog mengambil jalan mudah dengan menggunakan kenyataan Bella pada tahun 2019 dan disunting seolah-olah saya ada memberi kenyataan yang baharu. Inilah yang dikatakan fitnah,” luahnya.

Makin diam diri, makin menjadi-jadi

Aktres berusia 29 tahun itu meluahkan kekecewaan apabila ada pihak yang sanggup menimbulkan fitnah apabila dia mengambil pendekatan berdiam diri selama ini.

Tetapi, kali ini dia tidak boleh berdiam diri, sebaliknya tampil memperjelaskan hal sebenar bagi mengelakkan keadaan semakin sukar dan disalaherti.

“Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi-jadi. Ramai menyarankan kami untuk mengambil tindakan dan saman tetapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan.

“Bila kami selalu muat naik gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak kongsi, orang cakap kami bergaduh. Kerana dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak menganggu kerja kami,” jelasnya.

Dalam pada itu, Bella juga berharap semua pihak berhenti menyebarkan fitnah dan memberi ruang kepada mereka untuk bertenang serta fokus mencari rezeki.

“Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah dan sedang menjalani rawatan. Minta tolong jasa baik anda semua untuk menghentikan penyebaran cerita yang tidak berasas ini,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz telah bernikah tahun 2016 dan dikurniakan Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Instagram @bellaastillah / Selebriti

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Touch ‘n Go eWallet Kini Tersedia Di foodpanda & Korang Berpeluang Nikmati RM12 Diskaun!

Orang-orang bujang, student universiti dan mereka yang selalu busy tu mesti boleh relate kan bila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *