Selepas penubuhan rumah tangga pada 30 Disember lalu, pelakon Fatin Afeefa dan jutawan muda, Aliff Awang sering mencuri tumpuan wargamaya di media sosial.
So sweet suami
Terbaru, sebuah video yang direkodkan semula oleh netizen bertebaran di TikTok sehingga Fatin dan Aliff atau lebih mesra disapa Opai menjadi bualan hangat.
Menerusi rakaman itu, Fatin seakan terkejut apabila Opai menyebut perkataan cerai ketika dia sedang membuat siaran langsung di TikTok.
“Sumpah tak kelakar saya tengah buat live,” kata Fatin.
“Saya punya sifat suka kumpul kereta mewah. Mana saya nak ceraikan awak,” jawab Opai sambil mencium dahi Fatin.
Aksi sweet dari Opai itu membuatkan aktres berumur 29 tahun ini berseloroh dengan menyertai golongan ‘single.’
Opai turut menjadi ‘tukang tambah’ dengan mendapat keuntungan yang diperoleh selama seminggu hasil daripada pelaburan saham dalam talian.
Dah la single, tak ada duit pula tu. Sweet dengan bini murah rezeki. Hari ini saja dah dapat 15,500 USD (RM67,000). Minggu ini saja dah buat 17,500 USD (RM76,000). Korang semua sayuran!
Boleh tahan meninggi
Walau bagaimanapun, kenyataan yang keluar daripada mulut Opai itu telah mengundang kecaman daripada pengikut.
Rata-ratanya menegur sikap Opai yang terlampau riak dengan rezeki Allah sehingga menimbulkan perasaan orang lain.
Terdahulu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.
Sumber: TikTok / 0h Bulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.