Di Instagram, Bella Astillah terpanggil untuk melakukan satu posting berhubung ‘headline’ dan artikel yang menimbulkan fitnah terhadap hubungannya dengan suami, Aliff Aziz.
Bila tak post cakap gaduh
Menurut Bella, selama ini dia tidak pernah memberi sebarang kenyataan kepada mana-mana blogger berkaitan hubungannya dengan Aliff. Tambah Bella, kenyataannya pada tahun 2019 diambil semula dan disunting seolah-olah ianya kenyataan yang baru.
Assalammualaikum, lama kami berdiam diri. Inilah yang dikatakan fitnah. Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi. Ramai menyarankan kami untuk mengambil tindakan dan saman tetapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan. Bila kami selalu post gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak post cakap kami bergaduh.
Ujar Bella lagi, fitnah yang dilemparkan itu sedikit sebanyak menganggu kerja mereka.
Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah dan sedang menjalani rawatan. Minta tolong jasa baik anda semua untuk menghentikan penyebaran yang tidak berasas ini. Saya sertakan dengan contoh.
Di samping itu, Bella memberitahu video yang viral beberapa hari lalu merupakan video keadaan matanya yang pedih selepas membuang ‘contact lens’.
Tapi video tu di ambil dan dijadikan thumbnail, diletakkan headline sebegitu dan disebarkan. Terakhir sekali, kami mohon jasa baik semua henti kan lah spekulasi. Kerana kami juga mempunyai keluarga di sabah/singapore dan sahabat yang sedang bekerja dan mereka sering ditanya soalan ini.
Sumber: Xtra
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.