Pelakon, Almy Nadia yang juga merupakan isteri kepada Fizz Fairuz telah menarik perhatian warganet apabila terdapat perubahan dari segi fizikal.
Dirakam naik skuter
Menerusi video berdurasi 42 saat yang dimuat naik oleh Noraini Basre itu, Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah sedang menunggang motosikal jenis skuter sambil dirakam oleh suaminya. Dalam video itu juga, Almy dikatakan mahu membawa kenderaan itu untuk mengambil anaknya.
Bagaimanapun, penampilan terkini ibu kepada empat orang cahaya mata itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terkejut melihat perubahan fizikal Almy.
Bukan itu sahaja, ada juga sebahagian mereka yang turut berkongsi pengalaman sama di mana berat badan naik selepas melahirkan anak. Dalam pada itu, ada antara mereka yang menasihati pelakon itu agar menjaga pemakanan dan kesihatan.
Komen
Sumber: Oh Bulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.