Pengarah Syafiq Yusof, 31, memberitahu dia enggan masuk campur atau terlibat dalam isu rumah tangga abangnya, Syamsul Yusof.

Tak patut masuk campur

Sebagai anak dan adik, Syafiq mendoakan kebahagiaan dan ketenangan buat kedua ibu bapanya serta Syamsul dan keluarga.

Itu saja saya mampu doakan. Sebagai adik, saya rasa tak patut untuk masuk campur. Sebaiknya saya harus mendoakan yang terbaik untuk abang saya.

Diminta mengulas mengenai perkahwinan kedua abangnya, Syafiq berkata dia baru mengetahui mengenai hal tersebut menerusi ahli keluarga. Tambah Syafiq, mereka jarang berjumpa dan bersembang hanya soal filem dan kerja sahaja.

Saya doakan abang dapat penyelesaian yang terbaik. Abang memang duduk berasingan dan kami hanya berjumpa masa Hari Raya. Saya tidak pernah bertemu isteri kedua Syamsul. Saya juga tidak tahu dan tak pasti sama ada ibu bapa saya dah jumpa Ira.

Sebagai keluarga seni, Syafiq mengakui mereka tidak boleh lari daripada menjawab isu peribadi.

Jadi kita terpaksa terima perkara ini. Tapi saya rasa untuk orang yang berfikiran waras, boleh tahu dalam internet ia bercampur ada yang betul dan tak betul. kebanyakannya fitnah. Kalau boleh juga saya tak mahu kedua-dua pihak panjangkan perkara ini di media sosial. Sebab hal keluarga dan saya rasa semua keluarga dalam dunia ini ada masalah. Tapi bila masuk di internet, ia akan jadi lagi teruk. Saya harap benda ini berakhir dengan cepat dan semua dapat penyelesaian.

Tak mahu mana-mana pihak tersinggung

Dalam masa yang sama, Syafiq memilih untuk tidak bercakap apa-apa kerana tidak mahu mana-mana pihak tersinggung.

Saya juga harap ayah saya dapat bertabah dalam perkara ini. Saya dan Syamsul masing-masing sibuk. Macam saya cakap saya membesar dalam filem keluarga. Topik-topik yang kami bualkan berkenaan filem. Dia pun ada banyak filem besar. Saya juga sibuk dengan projek filem sendiri. Mengenali abang saya, dia seorang yang tabah. Dia macam ayah saya. Walaupun ada masalah kerja tetap berjalan. Saya percaya dia mampu tanganinya.

Akhir kata, Syafiq berharap masyarakat tidak membuat sebarang andaian yang bukan-bukan terhadap isu ini.

Sumber: Harian Metro / Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *