Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana tekad untuk memfailkan penceraian selepas penubuhan rumah tangga bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
Memetik laporan Harian Metro, Sarah yang merupakan isteri pertama Syamsul menganggap perkahwinannya hampir menemui titik noktah selepas Syamsul membuat pengakuan telah berkahwin dengan Ira Kaza, namun Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai.
“Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan gagalkan perceraian,” katanya kepada Harian Metro.
Bukan itu sahaja, wartawan Harian Metro turut bertanya kepada Sarah mengenai kenyataan yang diucapkan Syamsul hari ini.
Sarah menyatakan bahawa segala persoalan telah dijawab sebelum ini.
“Semua dah dijawab.” Kata Sarah ringkas.
Sebelum ini, Syamsul menyatakan bahawa dia sedang berusaha untuk memperbaiki keadaannya dengan isteri pertamanya itu, malah Syamsul turut meminta ruang dan masa untuk meredakan situasi dengan Sarah dan ahli keluarga lain.
SUMBER : XTRA
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.