Pelakon, Puteri Sarah Liyana tampil mengulas kenyataan yang dibuat oleh suaminya, Syamsul Yusof menerusi video yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini. Sarah turut memikirkan persoalan adakah komunikasi menerusi pembantu rumah, ibu mentua dan adik-adik merupakan cara baru untuk berhubung pada ketika ini.
Dah berhenti menyekat saya
Sebelum ini, Syamsul berkata dia tidak pernah melepaskan tanggungjawab sebagai suami dan bapa terhadap Sarah dan anak-anak. Daripada itu, Sarah meminta Syamsul untuk tidak mengungkit hal berkenaan.
Itu tidak perlu diungkit kerana sebagai suami dan ayah kepada anak-anak kami, itu adalah tanggungjawabnya. Malah, dia juga masih perlu memberikan nafkah. Jika ada sebarang komunikasi itu antara ibu saya dan juga dia. Seperti yang dia (Syamsul) tegaskan itu, komunikasi kami adalah melalui ibu saya dan juga dia.
Dia juga sudah berhenti menyekat saya di Whatsapp selepas video yang dimuat naik olehnya. Namun, jika ada komunikasi selepas ini, mungkin melalui peguam.
Sumber: Harian Metro / Oh Bulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.