Umum mengetahui, hubungan cef selebriti terkemuka, Chef Wan dan ibunya, Che Ani sangatlah akrab. Malah, dia sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit demi memastikan kebajikan ibunya terbela sehingga ke saat akhir, semalam.
Terbaharu, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkongsi luahan perasaan mengenai pemergiaan ibunya menerusi sebuah posting di laman Instagram sebenar tadi.
“Saya adalah orang terakhir meninggalkan arwah ibu selepas 45 minit orang lain beransur pulang. Kaki saya berasa amat berat untuk melangkah pergi meninggalkan ibu sendirian di kawasan tanah perkuburan,” tulisnya.
Chef Wan berkata, walaupun dia sedih dengan pemergiaan ibu tercinta, namun dia terpaksa menerima segala kebenaran walaupun sakit telan.
“Saya yakin, kehilangan seseorang sangatlah menyedihkan dan mengambil masa agak lama untuk kembali pulih kepada sediakala sepertimana pernah dilalui semasa arwah bapa meninggal dunia sejak lapan tahun lalu.
“Setiap kali saya berduka, saya cuba ubati hati dengan memikirkan kenangan manis kami seperti membuat dia gelak tawa dan bahagia,”luahnya.
Tiada rasa kesal…
Tambah cef selebriti berusia 65 tahun, tiada apa yang perlu dikesalinya dengan pemergiaan ibu kerana dia sudah berusaha untuk mengembirakan hati orang tua sehingga ke akhir nyawa wanita itu.
“Tiada rasa apa-apa kesalahan pun , malah terasa bangga dan bahagia yang amat sangat.
“Serta mereta Allah berikan saya kebahagiaan dan senyuman. Tidak dapat digambarkan tetapi semua itu diperoleh apabila seseorang melakukan perbuatan baik kepada ibu bapa mereka,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Chef Wan menitipkan pesanan buat semua agar menghargai ibu bapa disaat mereka masih ada di dunia ini sebelum semuanya terlambat dan menyesal dikemudian hari.
Katanya lagi, sebagai seorang anak adalah mereka lebih merancang untuk menyediakan perbelanjaan perubatan yang berkualiti bagi mendapatkan rawatan terbaik dan seperti membeli insurans.
“Beberapa tahun lalu, saya telah memperuntukkan sekitar RM350,000 untuk perbelanjaan perubatan ibu saya untuk perjalanan terakhirnya.
“Saya telah merancang selama ini dan tidak membazir wang untuk sesuatu yang lain.
“Jika anda ingin memberikan ibu bapa anda rawatan perubatan yang berkualiti, anda mesti mula menyediakan dana atau membeli insurans perubatan mereka secepat mungkin,”ujarnya.
Terdahulu, ibu kepada cef selebriti terkemuka, Chef Wan iaitu Che Ani meninggal dunia ketika tidur di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kira-kira jam 6.20 pagi tadi.
Beliau yang kerap berkongsi mengenai keadaan ibunya memulihkan keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot akibat penyakit kanser. Allahyarham yang berusia 93 tahun itu turut menghidapi beberapa penyakit termasuk Alzheimer dan dimensiia.
Sumber: Instagram @_chefwan58 / selebriti
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.