Ustazah Asma Harun Dedah Puteri Sarah Pernah Minta Nasihat, Akui Masih Sayangkan Suami

Pendakwah bebas Ustazah Asma Harun mendedahkan pernah dihubungi Puteri Sarah Liyana untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mengenai isu rumah tangga.

Memetik laporan mStar, Asma memberitahu Sarah mahu meminta pandangan untuk mempertahankan rumah tangga kerana mengakui masih menyayangi suaminya, Syamsul Yusof.

“Sebenarnya dah lama Puteri Sarah hubungi saya, tapi saya tak cerita. Dia hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat.

“Dia sudah berusaha di peringkat awal untuk menyelamatkan rumah tangganya.

“Dia tanya apa yang dia boleh buat. Saya ada kongsikan doa serta zikir. Dia mahu mempertahankan rumah tangga dan masih sayang kepada suami,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kesibukan kerja masing-masing, mereka tiada kesempatan untuk bertemu bagi berkongsi pandangan.

“Saya harap saya dapat berjumpa dia dengan suaminya. Saya kira ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang. Itulah perjalanan yang telah ditakdirkan.

“Bukan dia sahaja, sebenarnya ramai artis yang berdepan masalah rumah tangga dan menghubungi saya. Saya hanya mampu mendoakan dan memberi tip apa yang boleh diusahakan,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan suami atau isteri yang menyekat nombor telefon pasangan, dia berpendapat bahawa ia sesuatu perkara yang tidak wajar kerana komunikasi adalah kunci utama dalam hubungan perhubungan.

“Memang tidak wajar isteri atau suami menyekat nombor pasangan. Komunikasi adalah asas rumah tangga.

“Walau tiga patah perkataan, boleh mengubah keadaan. I love you, I miss you, I need you, I ceraikan you, I bosan dengan you. Kata-kata seperti ini boleh mengubah kehidupan dan perhubungan.

“Jika diputuskan komunikasi, di mana ruang perbincangan?,” jelasnya.

SUMBER : XTRA

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *