Wak Doyok Sedang Bercinta Dengan Orang Biasa, Nafi Hubungan Dengan A. Aida – ‘Kami Sudah Kenal Lama’

Pelakon dan usahawan popular, Wak Doyok menafikan bahawa dirinya mempunyai hubungan istimewa bersama penerbit, Datuk A. Aida memandangkan ianya menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini.

Sudah kenal lama

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor mengatakan bahawa hubungannya bersama dengan A. Aida hanya sekadar rakan baik memandangkan mereka sudah lama berkenalan sejak tahun 2012.

Kami sudah kenal lama, lebih sepuluh tahun. A. Aida merupakan mentor saya dalam bidang bisnes dan kami sentiasa membantu antara satu sama lain.

Tambahnya lagi, dia lebih tertarik dengan wanita yang lebih muda dari usianya dan mengatakan bahawa wanita berusia 25 tahun ke atas untuk dijadikan pasangan.

Sebagai lelaki, saya mahukan yang terbaik untuk soal teman hidup. Kalau wanita itu lebih berusia, saya pula nak kena jaga dia kalau jatuh sakit nanti.

Akui sudah ada teman wanita

Bukan itu sahaja, Wak Doyok turut mendedahkan bahawa dirinya kini sudah mempunyai teman wanita dan masih dalam proses untuk mengenal hati budi masing-masing selepas menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lepas.

Walau bagaimanapun, Wak Doyok perlu mendapatkan restu ibunya kerana rata-rata bekas kekasihnya sebelum ini memilih untuk memutuskan hubungan apabila diminta untuk tinggal bersama ‘syurganya’ apabila sudah berkahwin nanti.

Sebelum ini, spekulasi hubungan mesra antara Wak Doyok dan A. Aida menjadi bualan netizen selepas tular video mereka di media sosial.

Sumber: Harian Metro / Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *