Wawa Zainal Dedah Rumah Tangga Pernah Diganggu – ‘Ada Wanita DM Gambar Seksi Kepada Aeril’

Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal mendedahkan rumah tangganya dan suami, Aeril Zafrel sering diganggu oleh wanita lain melalui media sosial.

Wanita ganggu rumah tangga

Menerusi satu temubual bersama Gempak, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin turut menjelaskan, suaminya pernah menerima gambar seks daripada seorang wanita yang dihantar melalui platform pesanan di media sosial.

Ada, mestilah ada (wanita mengganggu rumah tangga). Ada la yang ‘DM’ dia. Ada hantar perempuan gambar seks kepada Aeril, tapi suami saya cepat-cepat padam.

Bagaimanapun, menurut suaminya, Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel, 34, dia menganggap wanita yang menghantar foto sebegitu sengaja menggunakan taktik itu untuk memperdayakannya. Jelas Aeril, individu berkenaan mungkin berniat untuk menularkan gambarnya lalu memeras ugut untuk mendapatkan wang.

Tapi saya rasa orang yang hantar macam itu adalah scammer. Mungkin bila dah hantar benda itu, kemudian dia nak kita bagi benda yang sama. Lepas itu dia viralkan gambar kita. Dia nak scam la dengan minta duit kita.

Kalau kita tak bagi, sebarkan gambar itu. Amat bahaya. Saya rasa ramai orang yang ‘leak’ video itu, disebabkan scammer macam itu la.

Sekadar info, Wawa dan Aeril telah menubuhkan rumah tangga pada tahun 2013 serta telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri.

Sumber: Gempak / Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *