Ya, saya fail perceraian Isnin ini – Puteri Sarah

Puteri Sarah tekad menuntut cerai daripada suaminya, Syamsul apabila akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah

“Ya betul… Seperti yang dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perceraian segera.

“Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.

“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga terlebih dahulu.

“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.

“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup,” katanya ketika dihubungi BH Online.


Puteri Sarah bersyukur keluarga dan mentua tidak menghalang setiap keputusan terbaik yang dibuat untuk kebahagiaannya. – Foto IG Puteri Sarah

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu berkata, dia bersyukur keluarga dan keluarga mentua tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat.

“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga.

“Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.

“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” katanya.

Hari ini, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.

“Hanya permohonan cerai akan difailkan Isnin ini,” katanya kepada portal Utusan.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam Twitter.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

SUMBER : BULETIN TV3

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *