Yasin Sulaiman Lega Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati – ‘Saya Bersyukur Dengan Keputusan Ini’

Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman yang sebelum ini didakwa atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu akhirnya menghembuskan nafas lega setelah dia terlepas daripada hukuman gantung sampai mati.

Yasin syukur terlepas hukuman gantung

Memetik laporan Sinar Harian, Yasin Sulaiman meluahkan rasa syukur selain akui bahawa keputusan tersebut merupakan satu perkembangan positif bagi dirinya.

Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

Dalam kesempatan itu, penyanyi nasyid berusia 47 tahun ini turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan, ahli keluarga serta setiap individu yang banyak memberikan sokongan dan kekuatan kepadanya.

Sementara itu, abang Yasin iaitu Zain Sulaiman berpuas hati dengan keputusan yang mereka keluarkan selain berharap agar rakan-rakan terus mendoakan yang terbaik buat Yasin.

Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.

Difahamkan, Yasin terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa tuduhan daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja yang dikenakan berat 214 gram.

Yasin bagaimanapun dituduh atas kesalahan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 tahun.

Sumber: Sinar Harian / Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – Ahli keluarga Datin Zalina

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga Datuk Zainal Abidin Hassan tampil meluahkan perasaan berhubung kontroversi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *