Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan adik-beradik yang juga aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang sedang memanah sambil menunggang kuda.
Video berdurasi 40 saat yang dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai @ecah itu mendapat pelbagai respon positif dalam kalangan warganet.
Malah, ramai yang berasa teruja dan kagum dengan bakat dan kemahiran yang dimiliki pasangan adik-beradik ini, apatah lagi kedua-duanya saling menghidupkan sunnah dan ajaran Nabi.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 1 juta tontonan dengan meraih lebih 100,000 komen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet melabel pasangan selebriti ini sebagai contoh yang baik buat generasi anak muda pada hari ini.
Ini kerana, mereka bukan sahaja sentiasa berhijad kepada jalan Allah malah, tetap istiqamah dalam menutup aurat walaupun melakukan aktiviti lasak.
SUMBER : XTRA
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.