Nampak berseri, spekulasi netizen Juliana Evans hamil anak kedua?

Penampilan pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans pada malam anugerah Nona Superwoman Award 2022 baru-baru ini menarik tumpuan ramai apabila dikatakan agak berisi.

Ia sekali gus menyebabkan segelintir warganet membuat dakwaan bahawa pelakon berusia 33 tahun itu sedang hamil cahaya mata kedua.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Juliana menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengiktirafnya bagi kategori ‘Anugerah Kecantikan Nona’.

“Terima kasih @majalahnona atas anugerah berprestij ini. Syukur alhamdulillah, saya harap ia dapat memberi inspirasi kepada wanita bekerjaya yang berdikari di luar sana terutama golongan ibu.

“Anda cantik dengan cara tersendiri,” tulis pemilik nama Juliana Sophie Johari Evans itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan sekiranya pelakon drama Dukun Diva itu sedang berbadan dua kerana kelihatan seperti ‘baby bump‘ pada bahagian perutnya.

Selain meninggalkan ucapan tahniah, segelintir individu turut memuji kejelitaan Juliana yang mengenakan busana gaun berwarna kuning hasil rekaan Oleh Farad.

Hamil ke? Nampak berseri

Rasanya macam hamil tu

Tahniah! Cantiknya Che Puan

Bagaimanapun, setakat ini Juliana tiada membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan orang ramai mengatakan dirinya hamil zuriat kedua.

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang puteri Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Instagram Juliana Evans / Oh My Media

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *