Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam sudah memujuk menantu, Puteri Sarah Liyana untuk menimbangkan semula keputusan ingin bercerai dengan anaknya, Syamsul Yusof.
Pujuk menantu tak usah cerai
Walaupun akur dengan keputusan Puteri Sarah, Yusof Haslam masih menaruh harapan agar penceraian anak serta menantunya itu tidak akan berlaku.
Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk menimbang keputusannya.
Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak berlaku.
Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan.
Ujarnya lagi, dia sentiasa mendoakan semoga ada sinar di sebalik apa yang berlaku.
Walau bagaimanapun, jika penceraian itu adalah jalan yang terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada menantunya, Yusof Haslam harus akur dengan keputusan Puteri Sarah.
Sumber : Harian Metro / 0h Bulan
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.