‘Aliff Berusaha Berubah Jadi Insan Lebih Baik, Saya Mahu Berubah Bersamanya’ – Bella Astillah

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah terpanggil untuk melakukan satu posting berhubung ‘headline’ dan artikel yang menimbulkan fitnah terhadap hubungannya dengan suami, Aliff Aziz.

Menurut Bella, dia berasa sangat kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kandungan lama yang mana tiada kena mengena dengan situasi semasa.

Faham segelintir pihak prihatin

Saya faham ada segelintir pihak prihatin, ambil berat dan risau jika saya sekali lagi sakiti. Saya hargai semua yang menghantar mesej dalam media sosial. Namun, saya kecewa apabila keluar berita tidak benar yang disebarkan dalam Facebook. Ini kerana Facebook adalah platform besar, ada keluarga di Sabah dan Singapura yang membacanya.

Ibu bapa mentua di Singapura masih bekerja, jadi ramai bertanya kenapa Aliff buat begitu kepada saya. Saya tidak marah, tetapi saya harap ia menjadi iktibar. Saya kasihan kepada ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. Kasihan apabila orang luar bertanya kepada mereka, sedangkan cerita tidak benar.

Mengulas lanjut mengenai gosip yang menghimpit Aliff, Bella berharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang komen negatif, sebaliknya mendoakan yang baik-baik buat suaminya itu.

Apabila orang cakap benda tidak baik, saya bimbang ia akan menjadi satu doa. Sebab percakapan boleh menjadi doa yang dimakbulkan. Saya berharap tiada percakapan tidak baik diberikan. Aliff berusaha berubah menjadi insan yang lebih baik. Saya juga mahu berubah bersamanya.

Hadir beri sokongan

Di samping itu, Bella berkata kontroversi berkaitan rumah tangga memberi kesan kepada persembahannya dalam realiti program, Famili Duo.

Sebagai manusia, sudah tentu terganggu, lebih lagi, saya seorang wanita. Saya juga kasihan kepada sepupu saya, Wani Kayrie dalam program ini. Jika saya tidak dapat fokus, ia pasti mengganggu keserasian kami. Jadi, saya selalu tolak tepi isu berkenaan. Saya pergi ‘meeting’ pun bawa anak-anak untuk alih perhatian.

Tambah Bella, dia sangat menghargai usaha Aliff yang turut hadir memberi sokongan kepadanya walaupun, suaminya sibuk dengan penggambaran.

Sebenarnya Aliff sibuk dengan penggambaran, setiap hari. Saya berterima kasih kepada pihak produksi kerana memberi pelepasan kepada Aliff untuk datang, malam ini. Saya tidak pernah memaksa Aliff datang tengok persembahan saya.
Bila Aliff dapat datang, saya sangat gembira. Untuk perkara yang berlaku, Aliff mahu saya fokus kepada program Famili Duo. Dia mahu saya membuat persembahan terbaik dan menyelesaikan tanggungjawab dalam program ini. Apa-apa isu berbangkit boleh berbincang kemudian.

SUMBER : OHBULAN

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Dah biasa pakai s3.ksi cuma tak tunjuk, Mungkin sebab tu org terkejut tgok saya pak4i macam tu..” – Riena Diana

Pelak0n, Riena Diana menj4di per.hatian 0rang ramai selep4s memuat naik beberapa hanta.ran gambar di laman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *