Beberapa hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Terengganu untuk menghadap DYMM Sultan Terengganu dan juga bertemu pegawai kerajaan.
Biarpun kehadirannya dikatakan tidak disambut oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Barisan Exco kerajaan negeri berkenaan, namun ada sesuatu yang menarik perhatian ramai sebaik sahaja melihat video tular.
Menerusi video dimuat naik di laman Twitter, tindakan Anwar mengelakkan diri daripada menggunakan permaidani merah yang disediakan semasa hadir ke negeri berkenaan menarik perhatian ramai.
Dalam hantaran pengguna dikenali @ceksuhairi, pihak berkenaan sudah menyediakan permaidani mereh, namun figura hebat itu tetap digunakan sepertimana pernah dikatakan sebelum ini.
“Dah disediakan ‘permaidani merah’. Tetapi, Anwar Ibrahim tetap Anwar Ibrahim,” cipnya.
Dah disediakan ‘permaidani merah’. Tetapi @anwaribrahim tetap anwar ibrahim. #PMX pic.twitter.com/0jvQdll5Iv
— @ceksue (@ceksuhairi) January 12, 2023
Cuba menahan diri daripada dipuji dan digelar pentaksub
Pun begitu, rata-rata warganet dilihat seolah-olah berseloroh dengan mengatakan mereka cuba menahan diri daripada memuji tindakan rendah diri yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Lajunya jalan…
Selain itu, mereka turut memuji cara Anwar Ibrahim berjalan pantas yang dikatakan tidak sepadan dengan usia beliau yang kini berusia 75 tahun.
Sumber: Twitter @ceksuhairi / Borak Daily
PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.