Isteri PU Abu Hilang Sabar, Gesa Hana Azraa Turunkan ‘Posting’ Dalam Tempoh 24 Jam – ‘Tak Berminat Untuk Saya Ambil Tahu’

Baru baru ini, bekas isteri Abu Sufyan iaitu Hana Azraa sekali lagi mendakwa Pencetus Ummah (PU) itu masih mengganggu kehidupannya.

Dahagakan perhatian?

Isteri Abu iaitu Ain Afini tampil bersura menerusi Instagram Stories miliknya. Kata Ain, dia tidak berminat untuk mengambil tahu tentang isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Tegas Ain, dia tidak akan melayan individu yang psiko kerana sudah empat tahun bersabar dengan gangguan.

Keutamaan pada anak

Selain itu, Ain memohon untuk menjaga tutur kata di umum memandangkan anak-anak semakin hari semakin membesar.

Jumpa di mahkamah

Dalam pada itu, Ain mendedahkan dia sudah membuat laporan polis dan dakwaan ini yang selama empat tahun.

Katanya, Hana diberikan masa selama 24 jam untuk menurukan hantaran tersebut dan sekiranya gagal akan dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pada Ahad lalu, Hana memaparkan paparan skrin (screenshot) yang dipercayai kiriman mesej daripada Abu. Menerusi beberapa ‘posting’ itu, Abu nampak meluahkan rasa rindu kepada Hana.

Terdahulu, Abu dan Hana berkahwin dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mateen pada 1 Februari 2020.

Pada April 2019, Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika Ain sarat hamil.

Hana dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercerai talak kedua dan kemudiannya rujuk semula.

Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Menurut Abu, Ain kini sedang hamil anak ketiga.

SUMBER : OHBULAN

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan & Berang Disindir Punca 2 Isteri Jurulatih Tarik Rambut

Semalam, viral di media sosial mengenai kisah pergaduhan membabitkan dua isteri bekas jurulatih Liga Super. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *