‘Kita Akan Minta Mahkamah Untuk Jatuhkan Hukuman Penjara & Denda’ – Peguam Puteri Sarah Liyana

Peguam kepada Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memohon permohonan cerai telah difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagi kerjasama

Ketika ditemui OhBulan!, Akberdin bersyukur kerana segala urusan permohonan tuntutan cerai yang dilakukan oleh Puteri Sarah Liyana terhadap suaminya yang merupakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof berjalan dengan lancar.

Akberdin juga berharap agar Syamsul dapat memberikan kerjasama selain menghadirkan diri pada tarikh sebutan kes permohonan cerai pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Pihak kami sudah gagalkan permohonan cerai. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac depan.

Kami juga akan menghantar saman (tuntutan cerai) kepada Syamsul dan dia perlu hadir pada tarikh terbabit. Itu adalah tindakan pertama kami.

Kami berharap Syamsul akan mematuhi prosedur. Kalau dia datang pada hari terbabit (7 Mac) mungkin cerai akan dilafazkan.

Namun jika dia tidak bersetuju, kita akan teruskan dengan proses selanjutnya. Saya harap Syamsul akan hadir pada 7 Mac ini untuk memudahkan proses.

Ira Kazar & keluarga langgar injuksi
@ohbulanofficial Replying to @Butik Kucing Pasir Mas Ketika ditemui OhBulan!, Akberdin bersyukur kerana segala urusan permohonan tuntutan cerai berjalan lancar.Kita doakan yang terbaik untuk Puteri Sarah Liyana. #ohbulan #fup #viral #sembangentertainment #puterisarahliyana #cerai ? bunyi asal – Ohbulan

Dalam pada itu, Akberdin menyatakan akan mengambil tindakan lanjut di Mahkamah Sivil, susulan tindakan isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga Ira yang didakwa melanggar perintah injuksi seperti yang telah difailkan tahun lalu.

Tindakan berikutnya pula, kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapa dan kakaknya kerana secara terang-terangan melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil sebelum ini.

Perintah itu kekal sehingga hari ini tapi mereka tak patut. Kita akan minta mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara dan denda. Kita akan tunjukkan jenis-jenis perlanggaran yang telah dilakukan.

Perlanggaran perintah kali ini memang agak dahsyat. Mereka sepatutnya tidak boleh mendekati Syamsul tetapi kali ini agak berlebihan apabila mereka berkahwin di luar negara tanpa mendapat kebenaran mahkamah di sini.

Pada 28 Jun lalu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan (Ira Kazar)

Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial atau mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.

Perintah terbabit juga bagi memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.

Sebelum ini, melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

SUMBER : 0H BULAN

PERHATIAN: Pihak Dunia Sosial tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan & Berang Disindir Punca 2 Isteri Jurulatih Tarik Rambut

Semalam, viral di media sosial mengenai kisah pergaduhan membabitkan dua isteri bekas jurulatih Liga Super. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *